
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) bertanggungjawab mengendalikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam, Tamadun Islam,Bahasa Arab,Pengajian Al-Quran dan Pendidikan Moral bagi pelajar-pelajar latihan perguruan praperkhidmatan dan peserta kursus dalam perkhidmatan. Pelajar-pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar-pelajar Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM- KDC), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), j-QAF, B. Ed. TESL, B. Ed. TEYL ,PPISMP dan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Mulai Julai 2009, terdapat satu unit pelajar pengkhususan Pengajian Islam.
Jabatan ini juga terlibat dalam Program Kursus Dalam Perkhidmatan Pra sekolah Pendidikan Islam. Mulai bulan Januari tahun 2005, JAPIM telah diberi tanggungjawab mengendalikan pelajar-pelajar KPLI-SR LPBS j-QAF. Selain itu, jabatan ini juga mengendalikan Program KPLI-SR SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) dan (Program Pensiswazahan Guru ) PPG. Program ini akan berjalan secara berterusan pada setiap kali cuti sekolah.
News
Aktviti Minggu Ini
22/09/2011 05:38———



